Tuesday 24 October 2017

Resepi Ayam BBQ Madu Sedap Terbaik

myresepisaya.blogspot.com - Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan semua. Semoga kawan semua healthy always yer. Kali ni saya nak berkongsi resepi yang sedap and mudah sangat. Iaitu resepi ayam BBQ madu sedap and mudah sangat menyelerakan. Resepi ayam bbq madu ni merupakan resepi ayam ayng dipanggang dengan add bahan madu. Dah pasti sedap yer. Kalau kawan nak cuba at home sila sedia bahan bahan seperti resepi bawah ni. Lepas tu semak langsung sahaja cara cara membuat resepi ayam bbq madu sedap and mudah ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Ayam BBQ Madu Sedap Terbaik

Resepi Ayam BBQ Madu Sedap Terbaik

Bahan-bahan Ayam BBQ Madu

  • 3 ketul bahagian paha (termasuk bhg atas paha) dan 6 ketul sayap ayam / kalau nak guna seekor ayam pun boleh - potong kecil atau ikut sukalah besaq mana nak.
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • seinci halia - tumbuk
  • 2 sudu makan cili kering kisar - tumis sampai masak
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 5 sudu makan madu / saya guna madu tualang, itu je yang ada kat rumah - sebenarnya guna saja madu apa pun boleh, kalau takdak, guna gula pun boleh
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk (kalau yang nak letak kiub ayampun boleh atau msg- saya pula cuba elak) (sebenarnya saya main campak je semua bahan tu, tapi kat sini saya agak kuantiti untuk semua yang nak cuba na...

Cuba Resepi lain : Resepi Daging Burger Homemade Sedap dan Mudah

Cara cara Membuat Ayam BBQ Madu

  1. Ketulan ayam dibersihkan dan tos. Untuk hilang bau ayam, cucilah dengan tepung gandum. Eloknya ketul ayam tu sebesar 3 jari je.
  2. Satukan semua bahan-bahan dari no 2 hingga 9. Kacau.
  3. Ambil 2 sudu besar bahan tadi dan gaul dulu pada ketulan ayam.
  4. Kukus separuh masak
  5. Bila dah sejuk, ambil bahan perapan tadi, gaul kepada ketulan ayam dan masukkan dalam bekas. Perap semalaman. Kalau esok nak BBQ, malam ni la sediakan semua tu. atau kalau tak sabar kena perap lebih 4 jam la.
  6. Bakarlah dengan bara api yang membara. Bara kena banyak tau. Jangan kedekut. Jangan bakar atas asap yang banyak dan juga api yang menyala.

Tips 

  • Kalau kita nak BBQ berasaskan ayam dan daging ni, cepat masak eloklah dimasak separuh masak dengan cara merebus atau kukus.
source : sitihajarkakchik

Hurm sedap terbaik resepi ayam bbq madu ni. Pantas la menjadi kegemaran ramai orang. Kalau kawan dah cuba share pengalaman kat kolom komentar yer. Oke sekian kongsi resepi ayam bbq madu sedap terbaik ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencuba :D

1 comments so far

dewalt titanium drill bit set | TitaniumART
The titanium dioxide sunscreen best parts of this set, with the highest quality components chi titanium flat iron and mens titanium rings most reliable. This is a titanium 4000 model 636V8 ceramic vs titanium engine with six-cylinder heads


EmoticonEmoticon