Showing posts sorted by date for query Resepi Hati Ayam Masak Kicap Sedap dan Mudah. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query Resepi Hati Ayam Masak Kicap Sedap dan Mudah. Sort by relevance Show all posts

Tuesday 3 October 2017

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Sedap Menyelerakan

myresepisaya.blogspot.com - Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan semua. Nak masak apa hari ni? Kalau kawan berpusing boleh la cuba resepi yang saya nak kongsikan ni iaitu resepi nasi tomato ayam masak merah yang sedap and mudah lagi menyelerakan. Resepi nasi tomato ayam masak merah merupakan resepi yang bahan utama iaitu nasi tomato and ayam masak merah yang dihidangka bersama. Pasti la sedap and menyelerakan. Jom semak sahaja resepi nya.

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Sedap Menyelerakan

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Bahan-Bahan 


  • 3 cawan beras basmati (cuci dan rendam selama 30 minit) 
  • 1 camca besar pes tomato (tomato puree) 
  • 2 camca besar sos tomato 
  • 2 camca besar minyak sapi 
  • 1 biji bawang besar (dihiris) 
  • 2 ulas bawang putih (dicincang) 
  • 1 inci halia (dititik) 
  • 1 helai daun pandan (dikat dan disimpul) 
  • 3 1/2 cawan air 
  • 1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat) 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 batang kayu manis 
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 1 kuntum bunga lawang 

Bahan-Bahan untuk Ayam Masak Merah 


  • 3/4 ekor Ayam 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 2 ulas bawang merah 
  • 1 biji bawang besar 
  • 3 inci halia 
  • 15-20 cili kering (ikut kepedasan sesuka hati) 
  • 1 batang serai (diketuk) 
  • 1 cawan air kosong 
  • 4 sudu besar tomato puree 
  • Sos tomato secukupnya 
  • Garam dan gula secukupnya 
  • Sebiji bawang besar (dipotong bulat) 
  • Daun sup 

Bahan-Bahan untuk Sambal 


  • 1 biji capcicum merah 
  • (boleh digantikan dengan lada merah) 
  • 2 biji bawang putih 
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 3/4 buku halia saiz sederhana 
  • 1 sudu kecil minyak bijan 
  • 1 sudu besar gula 
  • 2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai 
  • 1 sudu besar cuka makan 

Bahan-Bahan untuk Kicap


  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu besar sos tomato 
  • 3 sudu besar kicap manis 
  • 1 sudu besar gula 

Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan 


  • 1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup) Hirisan daun bawang/daun sup 
  • Kismis 
  • Kacang pis 
  • Nenas 

Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Tomato 


  1. Pertama sekali, panaskan minyak sapi dalam kuali.
  2. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan dalam kuari sehingga naik wangi.
  3. Masukkan pes tomato dan tomato sos. Kacau dengan rata.
  4. Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.
  5. Apabila bahan-bahan tumisan sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras kira-kira 1-2 minit.
  6. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.
  7. Curahkan air yang sudah mendidih dan susu rendah lemak ke dalam periuk nasi.
  8. Masukkan garam secukup rasa dan kacau dengan rata.
  9. Masak seperi biasa sehingga nasi menjadi kering.
  10. Taburkan kismis dan kacang pis ke atas nasi sebagai hiasan.
  11. Selepas nasi sudah masak, tutupkan suis periuk nasi tersebut.
  12. Hidangkan Nasi Tomato dengan hirisan daun bawang/ daun sup, bawang goreng, nenas dan lain-lain.

Tips: 


  • Nasi tadi juga boleh dikukus dan dialas dengan daun pisang apabila nasi sudah masak. Cucukkan sedikit daun tadi untuk membuat lubang dan kukus nasi tersebut sehingga masak sekali lagi. Nasi akan lebih sedap dimakan dan tidak akan melekat.
Hurm Sedap terbaik. Itulah resepi nasi tomato ayam masak merah yang sedap tu. Oke sekian kongsi resepi kali ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencuba :D 

Read More