Showing posts with label Nasi Ayam Periuk Noxxa. Show all posts
Showing posts with label Nasi Ayam Periuk Noxxa. Show all posts

Tuesday 24 October 2017

Resepi Nasi Ayam Periuk Noxxa Sedap Istimewa

myresepisaya.blogspot.com - Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan semua. Semoga kawan semua sihat selalu yer. Kerana kesihatan merupakan nikmat yang utama. Kali ni saya nak izin berkongsi resepi nasi ayam periuk noxxa mudah dan sedap. Kalau kawan dah punyak periuk noxxa at home wajib cuba resepi ni yer. Resepi nasi ayam periuk noxxa merupakan resepi yang hidang bersama nasi dan ayam masak guna periuk noxxa ajaib ni. Kalau kawan nak try harap sedia bahan bahan yang diperlukan. Lepas tu semak cara cara membuat resepi nasi ayam periuk noxxa sedap ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Ayam Periuk Noxxa Sedap Istimewa

Resepi Nasi Ayam Periuk Noxxa Sedap Istimewa

Bahan-bahan Nasi Ayam Periuk Noxxa


  • 3-5 cawan Beras
  • 1/2 kg Daging Ayam - potong bagian suai selera
  • 1 Kayu manis
  • 3 Bawang merah - hiris
  • 3 Bawang putih - hiris (kalok ada stok)
  • 1 Halia
  • Air
  • Garam dan Perasa secukupnya

Resepi lainnya : Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Sedap Menyelerakan

Cara cara Membuat Nasi Ayam Periuk Noxxa


  1. Mula-mula, panaskan minyak dulu. Guna mode STIT-FRY untuk tumis dahulu. Masukkan kayu manis. Ini sebenarnya satu batang, tapi saya pecahkan supaya cepat garing dan naik bau.
  2. Kemudian masukkan bawang merah. Bawang putih saya takde stok, so tak masuk. Halia pun takde, hahaha dah lama tak shopping barang dapur.
  3. Kemudian, masukkan ayam untuk buat stok ayam. Saya masukkan kaki dan leher untuk lebih rasa ayam. Yang lain tu, untuk ayah sebab ayam bakar nanti keras sikit untuk beliau. Kaki ayam tu nanti saya buang sebab takde orang makan. Guna sekadar stok aje.
  4. Petua bila masak ayam, bila kita masukkan dalam periuk, biarkan sekejap supaya air ayam tu kering. Nanti tak hanyir masakan kita.
  5. Saya selalu buat ni sebab tak tahan dengan hanyir ayam tu. tambahan lagi, masakan kita akan lebih sedap jugak sebab lemak ayam pun dah tercampur dengan minyak sawit tu.
  6. Lepas ayam tu dah kering sikit, masukkan beras. Gaul rata ayam dan beras biar sekata.
  7. Lepas tu, masukkan air untuk tanakkan nasi tu. Saya guna 3 cawan beras, so airnya saya guna 3.5 cawan air. Masukkan juga garam dan perasa (jika guna) dan kacau sebati. Tutup periuk Noxxa dan setkan High Pressure 8 minit.
  8. Lepaskan steam dulu, baru bukak Noxxa. Gaulkan nasi, taburkan bawang kering dan daun bawang, pastu hidangkan.

source : saudah-salleh

Hurm sedap terbaik resepi ni. Kalau kawan dah try resepi ni. Saya harap kawan share hasil kat komentar yer. Oke sekian kongsi resepi nasi ayam periuk noxxa ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencuba :D

Resepi lainnya : Resepi Daging Burger Homemade Sedap dan Mudah

Read More