Tuesday 24 October 2017

Resepi Butter Prawn Sedap Mat Gebu

myresepisaya.blogspot.com - Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan cantik. Kawan kat sini ada tak yang gemar Butter prawn yang sedap and menyelerakan tu. Kalau ada and nak buat at home harap semak resepi butter prawn yang nak saya kongsi kan yer. Resepi butter prawn merupakan resepi perpaduan pelbagai bahan seperti telur, udang and butter. Pasti sedap and menyelerakan sangat resepi butter prawn ni. So kawan try at home yer. Kalau nak try harap sedia bahan bahan seperti resepi bawah ni yer. Lepas tu semak cara cara membuat resepi butter prawn yang sedap and menyelerakan sangat ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Butter Prawn Sedap Sangat Menyelerakan

Resepi Butter Prawn Sedap Sangat Menyelerakan


Bahan bahan Sarang Telur 

  • 4 biji kuning telur
  • 1 senduk Mentega
  • 1 cawan Minyak

Cara cara mebuat 

  1. Panaskan kuali , masukkan mentega dan minyak . Kacau in circular motion smpai butter cair &         dan minyak dah panas gitu ;
  2. Masukkan kuning telur tadi sambil sambung kacau minyak in circular motion ;
  3. Tarik  tinggi-tinggi , kasi halus ja sarangnya ada tips lain , kalau rajin guna botol roti jala untuk tuang  kuning telur . Ikut la memasing , aku tuang ja dan pastikan terus kacau smpai masakan tu dah kembang naik buih putih dan nampak garing sikit .
  4. Toskan & letak tepi . Siap dah sarang telur !

Bahan bahan goreng udang 

  • 3 sudu minyak untuk goreng udang
  • Lada sulah & garam secukup rasa

Cara cara Membuat 

  1. Udang yang sudah dibasuh , perap dengan sedikit lada sulah & garam .
  2. Ambik kuali baru , masukkan minyak , buka api
  3. Masukkan udang , kacau sentiasa , jangan biar udang lama .
  4. Jangan terlebih masak udang , agak dia dah tukar wrna jadi oren-oren gitu angkat terus . Taknak kasi kecut sebab nanti nak masak sekali lagiii ..
  5. Toskan udang , tutup api , udang diketepikan dulu .

Bahan bahan butter prawn

  • Sedikit butter untuk menumis
  • 2 ulas bawang putih ( dicincang )
  • 6 biji cili hijau + 4 biji cili burung ( ni level pedas orang rumah 8/10 )
  • 4 tangkai daun kari ( basuh dulu , nanti parut daun dari tangkai bila nak masak )
  • Susu cair ( letak setengah tin , sebab kuah dia sedap sngat nanti !!! )
  • Udang yang sudah dibasuh ( entah la berapa banyak , tapi lagi banyak udang , lagi banyak susu cair )
  • Hilal , garam , gula secukup rasa .

Cara cara Membuat Butter Prawn

  1. Masukkan sesudu butter untuk menumis serta cili , cincangan bawang putih & daun kari .
  2. Kacau sampai naik bau , be sure buka ventilation fan atau tingkap dapur tu sebab bau dia macam mana entah boleh sesakkan serumah dek harumnya itu .  k tak , bau bawang putih .
  3. Dah agak garing , masukkan susu cair & gaul rata .
  4. Masukkan udang & gaul sebati , Dah agak kering sikiiiiiiit je , masukkan hilal , garam & gula secukup rasa dan gaul lagi . Agak dah ngam smua bahan , dan rasa pon kena dengan tekak memasing , padam api dan dah siapp untuk dihidang .
  5. Hidang dalam mangkuk dan topping-kan dengan sarang telur yang dimasak tadi .
source : mardhiaismail

Hurm sedap best la resepi ni. SO kawan try at home yer. Oke sekian kongsi resepi butter prawn yang sedap and menyelerakan sangat ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencuba :D

Resepi lain : Resepi Ayam BBQ Madu Sedap Terbaik
Read More

Resepi Nasi Ayam Periuk Noxxa Sedap Istimewa

myresepisaya.blogspot.com - Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan semua. Semoga kawan semua sihat selalu yer. Kerana kesihatan merupakan nikmat yang utama. Kali ni saya nak izin berkongsi resepi nasi ayam periuk noxxa mudah dan sedap. Kalau kawan dah punyak periuk noxxa at home wajib cuba resepi ni yer. Resepi nasi ayam periuk noxxa merupakan resepi yang hidang bersama nasi dan ayam masak guna periuk noxxa ajaib ni. Kalau kawan nak try harap sedia bahan bahan yang diperlukan. Lepas tu semak cara cara membuat resepi nasi ayam periuk noxxa sedap ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Ayam Periuk Noxxa Sedap Istimewa

Resepi Nasi Ayam Periuk Noxxa Sedap Istimewa

Bahan-bahan Nasi Ayam Periuk Noxxa


  • 3-5 cawan Beras
  • 1/2 kg Daging Ayam - potong bagian suai selera
  • 1 Kayu manis
  • 3 Bawang merah - hiris
  • 3 Bawang putih - hiris (kalok ada stok)
  • 1 Halia
  • Air
  • Garam dan Perasa secukupnya

Resepi lainnya : Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Sedap Menyelerakan

Cara cara Membuat Nasi Ayam Periuk Noxxa


  1. Mula-mula, panaskan minyak dulu. Guna mode STIT-FRY untuk tumis dahulu. Masukkan kayu manis. Ini sebenarnya satu batang, tapi saya pecahkan supaya cepat garing dan naik bau.
  2. Kemudian masukkan bawang merah. Bawang putih saya takde stok, so tak masuk. Halia pun takde, hahaha dah lama tak shopping barang dapur.
  3. Kemudian, masukkan ayam untuk buat stok ayam. Saya masukkan kaki dan leher untuk lebih rasa ayam. Yang lain tu, untuk ayah sebab ayam bakar nanti keras sikit untuk beliau. Kaki ayam tu nanti saya buang sebab takde orang makan. Guna sekadar stok aje.
  4. Petua bila masak ayam, bila kita masukkan dalam periuk, biarkan sekejap supaya air ayam tu kering. Nanti tak hanyir masakan kita.
  5. Saya selalu buat ni sebab tak tahan dengan hanyir ayam tu. tambahan lagi, masakan kita akan lebih sedap jugak sebab lemak ayam pun dah tercampur dengan minyak sawit tu.
  6. Lepas ayam tu dah kering sikit, masukkan beras. Gaul rata ayam dan beras biar sekata.
  7. Lepas tu, masukkan air untuk tanakkan nasi tu. Saya guna 3 cawan beras, so airnya saya guna 3.5 cawan air. Masukkan juga garam dan perasa (jika guna) dan kacau sebati. Tutup periuk Noxxa dan setkan High Pressure 8 minit.
  8. Lepaskan steam dulu, baru bukak Noxxa. Gaulkan nasi, taburkan bawang kering dan daun bawang, pastu hidangkan.

source : saudah-salleh

Hurm sedap terbaik resepi ni. Kalau kawan dah try resepi ni. Saya harap kawan share hasil kat komentar yer. Oke sekian kongsi resepi nasi ayam periuk noxxa ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencuba :D

Resepi lainnya : Resepi Daging Burger Homemade Sedap dan Mudah

Read More

Resepi Ayam BBQ Madu Sedap Terbaik

myresepisaya.blogspot.com - Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan semua. Semoga kawan semua healthy always yer. Kali ni saya nak berkongsi resepi yang sedap and mudah sangat. Iaitu resepi ayam BBQ madu sedap and mudah sangat menyelerakan. Resepi ayam bbq madu ni merupakan resepi ayam ayng dipanggang dengan add bahan madu. Dah pasti sedap yer. Kalau kawan nak cuba at home sila sedia bahan bahan seperti resepi bawah ni. Lepas tu semak langsung sahaja cara cara membuat resepi ayam bbq madu sedap and mudah ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Ayam BBQ Madu Sedap Terbaik

Resepi Ayam BBQ Madu Sedap Terbaik

Bahan-bahan Ayam BBQ Madu

  • 3 ketul bahagian paha (termasuk bhg atas paha) dan 6 ketul sayap ayam / kalau nak guna seekor ayam pun boleh - potong kecil atau ikut sukalah besaq mana nak.
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • seinci halia - tumbuk
  • 2 sudu makan cili kering kisar - tumis sampai masak
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 5 sudu makan madu / saya guna madu tualang, itu je yang ada kat rumah - sebenarnya guna saja madu apa pun boleh, kalau takdak, guna gula pun boleh
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk (kalau yang nak letak kiub ayampun boleh atau msg- saya pula cuba elak) (sebenarnya saya main campak je semua bahan tu, tapi kat sini saya agak kuantiti untuk semua yang nak cuba na...

Cuba Resepi lain : Resepi Daging Burger Homemade Sedap dan Mudah

Cara cara Membuat Ayam BBQ Madu

  1. Ketulan ayam dibersihkan dan tos. Untuk hilang bau ayam, cucilah dengan tepung gandum. Eloknya ketul ayam tu sebesar 3 jari je.
  2. Satukan semua bahan-bahan dari no 2 hingga 9. Kacau.
  3. Ambil 2 sudu besar bahan tadi dan gaul dulu pada ketulan ayam.
  4. Kukus separuh masak
  5. Bila dah sejuk, ambil bahan perapan tadi, gaul kepada ketulan ayam dan masukkan dalam bekas. Perap semalaman. Kalau esok nak BBQ, malam ni la sediakan semua tu. atau kalau tak sabar kena perap lebih 4 jam la.
  6. Bakarlah dengan bara api yang membara. Bara kena banyak tau. Jangan kedekut. Jangan bakar atas asap yang banyak dan juga api yang menyala.

Tips 

  • Kalau kita nak BBQ berasaskan ayam dan daging ni, cepat masak eloklah dimasak separuh masak dengan cara merebus atau kukus.
source : sitihajarkakchik

Hurm sedap terbaik resepi ayam bbq madu ni. Pantas la menjadi kegemaran ramai orang. Kalau kawan dah cuba share pengalaman kat kolom komentar yer. Oke sekian kongsi resepi ayam bbq madu sedap terbaik ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencuba :D
Read More

Sunday 15 October 2017

Resepi Daging Burger Homemade Sedap dan Mudah

myresepisaya - Assalamuallaikum and salam sejahtera kawa semua. Nak masak apa hari ni? Semoga masakan yang sedap and lazat yer. Semoga pulak kawan sudi berkongsi dengan saya kat blog ni. Kali ni saya nak kongsi resepi daging burger homemade yang sedap and sangat menyelerakan. Resepi daging burger homemade merupakan salah satu bahan dalam burger yang sedap tu. Kerana nak buat burger harus sedia daging ni. Kalau beli at kedai takde rasa kepuasan tersendiri. Untuk kawan yang nak buat sila sedia bahan bahan seperti resepi bawah ni yer. Lepas tu semak sahaja cara cara nya. So buat sahaja resepi daging burger homemade at home yer. Jom semak sahaja resepi nya. 

Resepi Daging Burger Homemade Sedap dan Mudah

Resepi Daging Burger Homemade Mudah  

Bahan-bahan Daging Burger Homemade

  • Sedia 1/2 kg daging lembu cincang
  • Sedia 2 sudu besar bawang besar – dicincang halus
  • Sedia 1 biji telur
  • Sedia 1/2 sudu besar lada hitam – dikisar
  • Sedia 3/4 sudu bawang putih – dicincang halus
  • Sedia 1 sudu mustard
  • Sedia 1 cawan serbuk roti
  • Sedia Garam


Lepas semua bahan sedia yuk kita cuba cara cara membuat resepi ni. 

Cara cara Membuat Daging Burger Homemade

  1. Sediakan daging yang telah dicincang.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan yang telah disediakan bersama daging cincang & kacau rata.
  3. Masukkan garam & sesuaikan ikut citarasa.
  4. Bentukkan daging tadi seperti daging burger mengikut citarasa anda.
  5. Bakar di atas pan dengan menggunakan minyak/majerin.
  6. Boleh dihidang bersama roti burger.

Mudah bukan resepi ni. Kawan cuba yer at home. Kerana kalau kawan buat sendiri daging burger ni kawan menjadi paham daging burger mengandungi apa sahaja. Kerana kalau beli kawan tak tahu daging tu mengandungi apa sahaja. Oke sekian kongsi resepi daging burger homemade yang sedap and mudah sangat ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencuba kawan terbaik :D 

Read More

Tuesday 3 October 2017

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Sedap Menyelerakan

myresepisaya.blogspot.com - Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan semua. Nak masak apa hari ni? Kalau kawan berpusing boleh la cuba resepi yang saya nak kongsikan ni iaitu resepi nasi tomato ayam masak merah yang sedap and mudah lagi menyelerakan. Resepi nasi tomato ayam masak merah merupakan resepi yang bahan utama iaitu nasi tomato and ayam masak merah yang dihidangka bersama. Pasti la sedap and menyelerakan. Jom semak sahaja resepi nya.

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Sedap Menyelerakan

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Bahan-Bahan 


  • 3 cawan beras basmati (cuci dan rendam selama 30 minit) 
  • 1 camca besar pes tomato (tomato puree) 
  • 2 camca besar sos tomato 
  • 2 camca besar minyak sapi 
  • 1 biji bawang besar (dihiris) 
  • 2 ulas bawang putih (dicincang) 
  • 1 inci halia (dititik) 
  • 1 helai daun pandan (dikat dan disimpul) 
  • 3 1/2 cawan air 
  • 1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat) 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 batang kayu manis 
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 1 kuntum bunga lawang 

Bahan-Bahan untuk Ayam Masak Merah 


  • 3/4 ekor Ayam 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 2 ulas bawang merah 
  • 1 biji bawang besar 
  • 3 inci halia 
  • 15-20 cili kering (ikut kepedasan sesuka hati) 
  • 1 batang serai (diketuk) 
  • 1 cawan air kosong 
  • 4 sudu besar tomato puree 
  • Sos tomato secukupnya 
  • Garam dan gula secukupnya 
  • Sebiji bawang besar (dipotong bulat) 
  • Daun sup 

Bahan-Bahan untuk Sambal 


  • 1 biji capcicum merah 
  • (boleh digantikan dengan lada merah) 
  • 2 biji bawang putih 
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 3/4 buku halia saiz sederhana 
  • 1 sudu kecil minyak bijan 
  • 1 sudu besar gula 
  • 2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai 
  • 1 sudu besar cuka makan 

Bahan-Bahan untuk Kicap


  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu besar sos tomato 
  • 3 sudu besar kicap manis 
  • 1 sudu besar gula 

Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan 


  • 1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup) Hirisan daun bawang/daun sup 
  • Kismis 
  • Kacang pis 
  • Nenas 

Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Tomato 


  1. Pertama sekali, panaskan minyak sapi dalam kuali.
  2. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan dalam kuari sehingga naik wangi.
  3. Masukkan pes tomato dan tomato sos. Kacau dengan rata.
  4. Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.
  5. Apabila bahan-bahan tumisan sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras kira-kira 1-2 minit.
  6. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.
  7. Curahkan air yang sudah mendidih dan susu rendah lemak ke dalam periuk nasi.
  8. Masukkan garam secukup rasa dan kacau dengan rata.
  9. Masak seperi biasa sehingga nasi menjadi kering.
  10. Taburkan kismis dan kacang pis ke atas nasi sebagai hiasan.
  11. Selepas nasi sudah masak, tutupkan suis periuk nasi tersebut.
  12. Hidangkan Nasi Tomato dengan hirisan daun bawang/ daun sup, bawang goreng, nenas dan lain-lain.

Tips: 


  • Nasi tadi juga boleh dikukus dan dialas dengan daun pisang apabila nasi sudah masak. Cucukkan sedikit daun tadi untuk membuat lubang dan kukus nasi tersebut sehingga masak sekali lagi. Nasi akan lebih sedap dimakan dan tidak akan melekat.
Hurm Sedap terbaik. Itulah resepi nasi tomato ayam masak merah yang sedap tu. Oke sekian kongsi resepi kali ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencuba :D 

Read More